Wednesday 6 July 2011

Gua yakin gua dah rugi.

Hari Jumaat baru-baru ni gua beli satu DVD.
DVD movie cerita bergaduh pung-pang-pung-pang tembak-tembak.
Lu orang jangan pikir bukan-bukan pulak.
Dan jangan tanya original atau cetak rompak.
Gua malu nak jawab. Faham-faham sudahlah.

Sampai rumah terus gua sumbat masuk dalam player.
Mula-mula dia ada keluar dua tiga iklan.
Malas nak forward, gua layankan saja.
Bila dah start baru gua perasan cerita Perancis, tak pun Sepanyol, tak pun Mexico.
Gua syak macam tu sebab langsung tak faham apa diorang cakap.
Kalau bahasa inggeris tu gua faham la sikit-sikit.

Gua pergi kat menu nak ejas subtitle.
Bila gua tekan, dia kata subtitle off.
Tak puas hati gua tekan lagi.
Subtitle off jugak.
Celaka! Tak ada subtitle rupanya.
Habis apa kejadahnya cerita yang gua tengok ni.
Siapa nak tolong cerita kat gua.

Gua padam DVD player tu dan terus tukar tengok TV3.
Menipu-menipu TV3 ni pun gua paham apa diorang cakap.

No comments:

Post a Comment