Tuesday 5 July 2011

Doakan..

Berita pasal gua resign dah jadi lebih panas dari berita melodi.
Ramai kawan-kawan yang sibuk tanya gua dapat kerja mana.
Pasal rezeki ni gua tak ada nak rahsia-rahsia. Gua bagitau sebijik-sebijik.
Dah ada yang mula suruh gua rekemen kerja.
Gua kata bangang karang merah pulak biji mata tu.
Kerja pun belum mula nak rekemen kejadah apanya.

Bulan Ogos nanti gua bakal dapat orang baru.
Hasil risikan dokte mengatakan jenis awek-awek.
Gua dah stenbai nama sedap tapi tak pelik.
Biar kena dengan orangnya dah la tak payah nak ikut orang putih sangat.

Mak gua telepon semalam bagitau dah siap langsir baru.
Papehal kalau kena pegi Penang takde la beliau risaukan persiapan raya.
Jenis eksaited lebih nak dapat cucu pompuan la ni.
Gua dah ready nak dengar ayat bodek beliau.
Nak ambik anak gua bawak balik kampung.

"Korang laki bini kan sibuk dengan kerja, biar mama je jaga baby ni.."

Anak gua yang sulung hari tu pun macam ni jugak la ayat dia.
Nasib baik gua masih boleh bertahan dari terpengaruh.
Bukan apa, penat macam mana sekalipun dengan kerja gua tetap nak anak-anak gua ada depan mata.
Bila balik kerja otomatik stress gua hilang bila tengok muka diorang.

Kerja baru dan orang baru.
Gua tunggu pelan-pelan.
Doakan.

No comments:

Post a Comment