Wednesday 22 June 2011

Friday 17 June 2011

Deep!

Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.

Thursday 16 June 2011

Struggle.

Semalam gua layan 'Pursuit of happyness'.
Lakonan mantap Will Smith dengan anak dia kalau tak silap gua.
Cerita ni mengingatkan pada zaman gua struggle nak hidup.
Bila dah teringat tu terus gua jadi sebak.

Gua mula pegang title pekerja kilang dengan modal RM45. Itu gaji gua yang terakhir sebangai pembancuh air separa profesional. Jenis kerja dapat gaji tiap tiap hari. Memang gua tak ingat nak meyimpan duit sangat masa tu. Asyik ingat nak enjoy.

Dengan RM45 tu la gua nak teruskan hidup selama lima belas hari. Sebelum gua terima advance gaji pertama gua la. Masa tu gua rasa paling mencabar dalam hidup gua. Menu gua dari pagi membawak ke malam adalah roti canai. Pagi gua bedal dua bijik taruh kuah banjir nak bagi dia kembang. Bila dia kembang baru tahan lama. Itu arwah atok gua yang ajar. Bukan gua tamak, nak bekerja kena la ada tenaga.Tengah hari dan malam gua tibai sebijik. Bagi ngam sikit mata nak lelap. Kalau lapar karang berjaga sampai ke pagi la jawabnya. Air minum pulak mestilah sky juice. Air yang paling ekonomi sekali. Sirap? Ahh.. ada banyak hari lagi gua kena survive.

Gua buat semua ni selama lima belas hari tak pernah tukar menu. Sampai satu tahap gua rasa nak muntah bila tengok roti canai. Pejam mata, suap masuk mulut dan kunyah pelan pelan. Sambil tu gua pujuk hati gua. Orang lelaki tak boleh nangis.

Hal hal  tempat tinggal nasib baik kompeni yang gua kerja tu tolong settlekan. Diorang ada sediakan asrama. Maka jadi la gua penghuni asrama tu. Yang jadi masalahnya asrama tu jauh dari tempat kerja. Ada la dalam empat kilometer. Gua jangan kata motor, basikal pun tak ada. Menapak la gua pergi balik setiap hari.

Tak pernah sekali pun gua cerita perkara ni pada mak ayah gua yang ada di kampung. Kalau diorang tau macam tu kehidupan gua nescaya diorang akan paksa gua balik. Mak ayah mana yang sanggup tengok anak mereka hidup merempat. Tapi gua dah nekad. Gua tak nak jadi macam kebanyakkan budak kampung gua. Hidup mengabiskan beras mak bapak. Kerja malas ingat nak seronok aje. Sebab tu gua putuskan untuk merantau bina hidup gua sendiri.

Itu cerita dua belas tahun yang lalu.
Sekarang ni gua dah pandai membazir duit hisap rokok.

Mak gua pernah kata yang gua ni anak dia yang paling keras hati. Dulu gua tak setuju sangat dengan apa yang dia kata tu. Sebab kadang kadang dalam hati gua pun ada taman jugak. Kalau keras tak mungkin boleh ada taman pulak kan.Tapi sekarang gua rasa ada betulnya juga kata dia tu. Tak ada siapa yang kenal gua lebih dari mak gua. Dan gua rasa mak gua kenal gua lebih dari diri gua sendiri. Gua selalu tinggal solat pun dia boleh detect. Hebatkan mak gua.

***


Gua tahu apa rasanya 'makan sekadar menyambung nyawa.'
Pursuit of happyness ni betul betul buat gua sebak.

Thursday 9 June 2011

Jammed.

Caller: Hi, our printer is not working

Customer Service: What is wrong with it?

Caller: Mouse is jammed..

Customer Service: Mouse? Printers don't have a mouse you fool….!

Caller: Mmmmm…??.. Oh really?... I will send a picture.

*

*

*

*

*

*

*

*

Monday 6 June 2011

Monolog.

Lu ada PHD. Itu gua tahu.
Sijil gua pulak jenis budak malas sekolah.

Tapi lu kena ingat, gua kerja sini dah makan empat tahun.
Lu pulak baru sebulan dua nampak muka.
Lagi pun lu punya PHD tak related dengan bisnes syarikat ni.
Bila lu buat silap.
Gua tarik lu duduk tepi, gua tegur sikit sikit.
Tak ada niat pun nak bagi lu malu.
Nak betulkan mana yang gua rasa patut.

Tapi lu pulak buat muka lapar kasut.
Gua jarang bergurau macam tu.