Saturday 30 July 2011

Bulan Puasa.

 Assalamualaikum..

Ramadhan dah dekat ni kena la bersikap baik.
Target nak penuhkan puasa dan lebihkan beribadat kena simpan ketat dalam kepala.
Harap Encik Nafsu tak buat hal sangat bulan puasa ni.
Kalau ada yang tak kena, takkan gua nak salahkan setan pulak.

Tak lupa juga, sekarang ni mamak-mamak kedai nasik kandar sedang membuat persiapan untuk kempen 'Plastik hitam setahun sekali'. Semua pekerja sedang diberikan segala penerangan dan kursus motivasi berkenaan perkara ini. Dipercayai untuk menjaga hati customer.

Monday 18 July 2011

20 Rules in any office.



1. Rule 1. - The Boss is always right.

2. Rule 2. - If the Boss is wrong, see rule 1.

3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions.

4. Ph.D. stands for "Pull Him Down". The more intelligent a person, the more hardworking a person, the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.

5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.

6.. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves.

7. It doesn't matter what you do, it only matters what you say you've done and what you are going to do.

8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt.

9. Don't be irreplaceable. If you can't be replaced, you can't be promoted.

10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get.

11. If at first you don't succeed, try again. Then quit. No use being a damn fool about it...

12. When you don't know what to do, walk fast and look worried.

13.. Following the rules will not get the job done.

14. If it weren't for the last minute, nothing would get done.

15. Everything can be filed under "Miscellaneous" .

16. No matter how much you do, you never do enough.

17. You can do any amount of work provided it isn't the work you are supposed to be doing.

18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job.

19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.

20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong.

Thursday 14 July 2011

Why is Facebook such a hit?

It works on the principle that-



*




*




*

-People are more interested in others life than their own!-

Wednesday 6 July 2011

Gua yakin gua dah rugi.

Hari Jumaat baru-baru ni gua beli satu DVD.
DVD movie cerita bergaduh pung-pang-pung-pang tembak-tembak.
Lu orang jangan pikir bukan-bukan pulak.
Dan jangan tanya original atau cetak rompak.
Gua malu nak jawab. Faham-faham sudahlah.

Sampai rumah terus gua sumbat masuk dalam player.
Mula-mula dia ada keluar dua tiga iklan.
Malas nak forward, gua layankan saja.
Bila dah start baru gua perasan cerita Perancis, tak pun Sepanyol, tak pun Mexico.
Gua syak macam tu sebab langsung tak faham apa diorang cakap.
Kalau bahasa inggeris tu gua faham la sikit-sikit.

Gua pergi kat menu nak ejas subtitle.
Bila gua tekan, dia kata subtitle off.
Tak puas hati gua tekan lagi.
Subtitle off jugak.
Celaka! Tak ada subtitle rupanya.
Habis apa kejadahnya cerita yang gua tengok ni.
Siapa nak tolong cerita kat gua.

Gua padam DVD player tu dan terus tukar tengok TV3.
Menipu-menipu TV3 ni pun gua paham apa diorang cakap.

Tuesday 5 July 2011

Doakan..

Berita pasal gua resign dah jadi lebih panas dari berita melodi.
Ramai kawan-kawan yang sibuk tanya gua dapat kerja mana.
Pasal rezeki ni gua tak ada nak rahsia-rahsia. Gua bagitau sebijik-sebijik.
Dah ada yang mula suruh gua rekemen kerja.
Gua kata bangang karang merah pulak biji mata tu.
Kerja pun belum mula nak rekemen kejadah apanya.

Bulan Ogos nanti gua bakal dapat orang baru.
Hasil risikan dokte mengatakan jenis awek-awek.
Gua dah stenbai nama sedap tapi tak pelik.
Biar kena dengan orangnya dah la tak payah nak ikut orang putih sangat.

Mak gua telepon semalam bagitau dah siap langsir baru.
Papehal kalau kena pegi Penang takde la beliau risaukan persiapan raya.
Jenis eksaited lebih nak dapat cucu pompuan la ni.
Gua dah ready nak dengar ayat bodek beliau.
Nak ambik anak gua bawak balik kampung.

"Korang laki bini kan sibuk dengan kerja, biar mama je jaga baby ni.."

Anak gua yang sulung hari tu pun macam ni jugak la ayat dia.
Nasib baik gua masih boleh bertahan dari terpengaruh.
Bukan apa, penat macam mana sekalipun dengan kerja gua tetap nak anak-anak gua ada depan mata.
Bila balik kerja otomatik stress gua hilang bila tengok muka diorang.

Kerja baru dan orang baru.
Gua tunggu pelan-pelan.
Doakan.

Friday 1 July 2011

Pekerja terbaik atau terbalik kalau perangai macam ni?


Gua rasa nak gunakan pedekatan seperti gambar diatas.
Lebih-lebih lagi bila gua dah serahkan surat resign semalam.
Maknanya ada lagi dua bulan gua dalam kampeni ni.
Lepas cuti raya puasa nanti gua mula kerja dengan kampeni baru.
Besar la sikit kampeninya. Besar la sikit gaji gua.
Kakakaka!