Tuesday 31 May 2011

Semangat la sangat.

Pagi ni semangat gua lain macam sikit.
Berjalan pun dah gaya ali baba jumpa wang emas.
Tolak tak rebah kata orang utara.
Hari dapat gaji macam ni bukan jadi setiap hari.

 Duit dalam poket campur dalam beg duit ada singgit empat posen.
Jadi gua keluar awal nak tengok duit kat bank.
Dalam kepala otak ni dah ada banyak kerja 'lagho' gua rancangkan.
 





***





Tiga bank gua ziarah nak tanya khabar.
Tiga tiga 'temporary out of servis'.
Gua pandang pak guard bank yang last tu atas bawah.
Makin lama makin kecik pulak pak guard tu gua nampak.
Pak guard tu jeling senapang patah atas bahu dia.
Dia kasi senyum satu kali.
Gua senyum balik sambil start Nouvo S 2.4 Racing Edition.
Memang 'lain macam' betul semangat gua pagi ni.
Lain macam sangat dah ni.



Nasib baik gua tak suka bergurau dengan orang yang ada senapang patah.

Monday 30 May 2011

Pagi yang angkerr..

Ada satu pagi tu. Gua sampai ofis awal setengah jam. Nak kata buang tebiat tak jugak. Mungkin dah dapat hidayah yang sepatutnya. Cepat cepat gua panjatkan syukur.

Belum ada sesiapa yang sampai lagi. Tak sangka gua boleh pecah rekod bukak pintu ofis hari tu. Dalam hati dah mula terbit rasa riak siap anugerah pekerja terbaik tahunan berlegar diruang imaginasi. Lain betul gua punya semangat pagi tu. Astaghfirullah al azim, nasib baik gua cepat sedar.

Sebagai pekerja yang sering mendapat pujian dari pihak majikan, perkara pertama yang gua buat pagi tu ialah login akaun fesbuk. Bukti kukuh gua belum hilang akal. Gila apa orang tak ada, nak pulun buat kerja sorang sorang.

Tengah sedap mengapdet status kat fesbuk, telinga gua tertangkap satu suara. Pelan pelan gua cuba amati suara itu. Sah! Rahim maarof sedang mendendangkan lagu popular beliau, Cinta kristal. Dia punya intro memang berdiri bulu roma dibuatnya. Makan apa la agaknya budak Rahim Maarof ni sampai macam ni punya power suara.Suara jantan kata orang kampung gua.

Sedap juga apdet status sambil dengar lagu rupanya.Gua pun layan. Belum sempat Rahim Maarof tarik tang korus gua perasan satu perkara. Gua tak rasa ada orang lain dalam ofis tu selain gua. Dah tu sapa yang bukak radio pepagi buta. Seperkara lagi, dalam ofis gua tu tak pernah ada radio. Jantung gua dah start berdebar. Makin lama makin laju dia punya debar. Gua dapat rasa ada perkara tak elok bakal berlaku.







***







Buang masa gua berdebarkan diri.
Dah banyak kali kawan kawan komplen suara gua ada mirip Rahim Maarof.
Baru hari tu gua percaya diorang jujur dengan gua.

Friday 27 May 2011

Simple math, tak baik kalau bodoh sangat.

Pernah dengar tak orang bijak pandai kata.

'Banyak duit belum tentu senang".

Boleh faham ke tak?
Ok, gua bagi sikit penerangan setakat yang gua faham.
Lepas ni kalau tak faham jugak lu orang boleh pergi jahanam.

Kalau lu orang punya pendapatan 3K sebulan tapi gaya hidup macam anak lord yang mak bapak dia tetiap bulan bank in duit 5K sebab takut anak dia mati tak makan. Senang cakap, lu belanja lebih dari yang lu boleh dapat. Bila malam tak boleh tidur sebab lu ada hutang keliling pinggang. Tang mana senangnya?

Ukur baju kat badan sendiri, bukan badan beruang.
Benda ni matematik sekolah rendah je bai..


Tak dapat tangkap lagi?
Ok, sekarang lu dah boleh pergi jahanam.

Tuesday 24 May 2011

Pokok.

Kita layankan satu video clip hari ni.




Terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu.
Terlalu banyak alasannya, duduk terdiam.
Tak mudah namun tak susah. Terserah atas pilihan.
Tersentuh hati mula luruh.

Friday 20 May 2011

Kadang kadang hero pun demam.

Hari ni gua demam.
Tapi gua sampai ofis jugak.
Terbaik kan?

Empat tahun kerja sini, baru dua kali gua melawat klinik panel.
Gua tau lu orang kagum dengan gua. Simpan dulu kagum tu.
Buat gua risau aje.
Dah selalu sangat gua disanjung tinggi.

Tuesday 17 May 2011

Double standard.

Kalau tak salah gua hari ni adalah hari Wesak.

Dengar cerita hari ni penganut fahaman budha meraikan hari kelahiran, pencerahan dan matinya budha tu sendiri. Dah tu sebelum budha tu lahir saper yang pegang jawatan sebagai tuhan ni? Pandai pandai la korang usaha cari jawapan dia. Gua tak nak komen sangat pasal gua tak ambik kelas fahaman budha masa gua sekolah dulu.

Yang gua nak cerita kat sini tentang pekerja yang bekerja dikala insan lain bergembira mendapat percutian selama sehari. Celaka, dah macam karang novel gua punya ayat..

Gua kena kerja hari ni.
Kenapa?
Sebab kampeni yang gua kerja ni mengamalkan gaya hidup kapitalis. Double standard macam haram. Yang berpangkat eksekutif ke atas saja yang bercuti hari ni. Bawah pada tu kena bekerja.Yang level eksekutif ni pulak majoritinya adalah kaum cina.
Nampak?
Ok, ini hari Wesak.
Orang yang berfahaman budha bercuti.
Tapi ada juga kaum cina yang bukan eksekutif bekerja hari ni.
Jadi gua pun buat kesimpulan.





***






Cina cina bukan eksekutif yang ada kat tempat kerja gua ni berfahaman budha hadhari. Diorang tak ngam sangat dengan fahaman lama.

Tuesday 10 May 2011

Apasal habuk rokok?

Lu rasa pasal apa?
Cerr teka.. cerr teka..

*



*



*


Pasal gua punya suka.




Amacam, solid tak?